"DaLaM HidUp iNi AlLah tiDaK bAGi aPa yAnG KiTa Mahu, TeTaPi sEbEnaRnYa DiA bAGi aPa yaNg kiTa pErlU uNTuk bAnTu kiTa sUpaYa mEnjAdI hAmbAnyA yAnG teRbaIk dUnIa & AkhiRaT..."


Sunday, November 28, 2010

13 TiPs eRaTKaN PeRsaHaBaTaN

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, kita perlu beberapa tip untuk dicontohi. Bacalah tip-tip yang diberikan di bawah yang diambil dari info-info yang berguna. Insya'Allah kita sama-sama mendapatkan manfaat daripadanya.

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman-teman di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu akan selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap
merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.


      
      
            



Monday, November 22, 2010

AmaLaN sEhaRiaN dLm IsLaM

LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN   
1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu kenyang atau terlalu lapar. 
2) Mandi setelah makan. 
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita. 
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar. 
5) Berjaga malam selain dari qiamullail. 
6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam. 


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN 
1) Memakan daging. 
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap. 
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana bersetubuh. 
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas. 
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,
tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. 
6) Memakan makanan yang agak manis. 


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT 
1) Bercakap banyak. 
2) Tidur banyak 
3) Makan banyak. 
4) Banyak bersetubuh. 


FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN 
1) Banyak bersetubuh. 
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah. 
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri. 
4) Banyak memakan makanan yang serba masam. 


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT 
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(air masak). 
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk. 


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL 
1) Tinggalkan dari bercakap kosong. 
2) Sentiasa bersugi. 
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim. 


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUAN
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN 
1) Melihat pekara-pekara yang haram. 
2) Melancap. 
3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi. 
4) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut. 
5) Tidak membaca Al-Quran. 
6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram. 
7) Mengumpat dan mengata. 
8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya. 
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam). 
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan. 
11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita. 


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN 
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. 
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah. 
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. 

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat. 
2) Selepas bersetubuh. 
3) Selepas makan atau sebelumnya. 
4) Ketika sedang makan. 
5) Selepas memakan buah-buahan. 
6) Selepas keluar dari bilik mandi. 
7) Ketika terjaga dari tidur. 

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk. 
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud. 
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar. 
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. 

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari. 
2) Selepas masuk waktu Asar. 
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari badan. 

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI 
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana: 
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit. 
2) Merosakkan warna kulit. 
3) Melemahkan jantung. 
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap. 
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat. 
6) Melemahkan kecerdasaan akal. 

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur. 
2) Hindarkan dari tidur lewat malam. 
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil. 
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur. 
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam. 
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh. 

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA 
1) Banyak melakukan persetubuhan. 
2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan. 
3) Banyak minum air di waktu pagi. 
4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam. 

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG 
1) Merokok yang berterusan. 
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama). 
3) Kurang tidur. 
4) Sentiasa mandi di tengah malam. 
5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalusejuk. 
6) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN 
1) Melihat kepada benda-benda kotor. 
2) Melihat kepada palang +/salib. 
3) Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar. 
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat. 
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram. 
6) Banyak menangis.

Monday, November 15, 2010

Adab bersahabat

1- Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2- Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.

3- Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4- Menutup keaiban sahabatnya.

5- Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.

6- Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.

7- Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.

8- Meninggalkan perbalahan dengan sahabatnya agar tidak bergaduh dengan beliau.

9- Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya.

10- Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.

11- Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12- Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.

13- Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.

14- Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah dia mencelanya.

15- Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia.

16- Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.

17- Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya bersenang hati.

18- Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

19- Menyamakan hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yng nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20- Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya.

21- Meluaskan tempat duduknya untuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain jika dia tak dapat berbuat demikian.

22- Hendaklah dia bangun menghantarkan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya.

23- Hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya sedang bercakap sehinggga dia selesai dari percakapannya dan janganlah dia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap.

Ringkasnya, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya dengan cara yang dia sukai jika orang lain bermuamalah dengannya.

Maka, jika sesiapa yang tidak mencintai sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan itu masih tidak ikhlas dan mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat.

Inilah adab-adab yang mesti anda jaga pada hak saudara anda yang anda gelarkan sebagai sahabat.

Saturday, November 6, 2010

Satu Pengalaman

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
Tidur untuk menahan lapar.
Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu... Hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.
Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.
Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.
Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.
'Tak boleh sembahyang Jumaat!'
Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.
"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.
"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Assistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.
"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.
Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi.
Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."
Ya, begitulah juga dengan saya... hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.
Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia... itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."
Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.
Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.
Saya bersabar menunggu detik itu...
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
" Mmm...sedap.."
Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.
Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.
Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.
Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

MaRi kEnaL mEreKa

smile

Alhabib AlQuthub 'Abdul Qadir As-Saqqaf Rahimahullah

smile

Allamah al-Murobbi as-Sheikh as-Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki al-Qurasyi

smile

Al Arif Billah Al Habib Ali Bin Jakfar Al Aydrus Batu Pahat RA

smile

al-Mukarram Sayyiduna al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizohullah

smile

Habib Ali Al-Jufri Hafizohullah

smile

as-Sayyid al-Habib Musa Kazeem Ja'afar As-Saqqaf Hafizohullah

smile

Habib Munzir Al-Musawa Hafizohullah

smile

As-Sayyid Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani

smile

Syaikhuna Al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah

smile

Al-Imam al-Akbar Syeikh Dr Muhammad Ahmad Tayyib Hafizohullah

smile

Syeikhul Imam Prof Dr Yusof Al-Qaradhawy Hafizohullah

smile

Syaikhul Imam Profesor Dr. Ali Jum'ah Hafizohullah

"Islam menjawab semua persoalan pemikir-pemikir Barat, Pemikir-pemikir falsafah Yunani dan semua manusia, menyebabkan berbondong-bondong manusia masuk ke dalam islam dalam keadaan yakin"

smile

Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi As-Sayyid Jabr Al-Hasani

smile

al-'Alim al-Allamah as-Syeikh Murabbi Muhammad Nuruddin Marbu' Al-Banjari Al-Makki Hafizohullah

smile

Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari

smile

Abu Muhammad As-Sayyid Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Husaini al-Bentani Hafizohullah

smile

Tuan Guru KH Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

smile

Ustazzuna Ustaz Muhadir b Hj Joll

smile

Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki Al-Rembawi Hafizohullah

smile

Tn.Guru Hj Zulkifli Bin Hj Ismail Baitul Quro'

smile

Al Murabbi Ustaz Yussaine Yahya al-Berlisi

smile

Imam As Syahid Hassan al-Banna

smile

Syeikh Sa'id Hawwa

smile

Syeikh Muhammad Ali as-Soubuni

smile

Syeikh Badi'uzzaman Said an-Nursi

smile

as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

smile

Prof.Dr.Hamka

smile

Syeikh Mohd Nazrul Nasir Al-Azhari As-Syafi'e

Get this from ZenithStudio